Sunday, 22 January 2012

ASPEK PENDIDIKAN

Pendidikan awal penduduk Kampung Luat bermula di Tadika Kemas yang terletak di Kampung Paya Luat.Murid-murid adalah berumur di antara 5 dan 6 tahun. Setelah tamat tadika, pengajian sekolah rendah ialah di Sekolah Kebangsaan Luat yang telah ditubuhkan pada tahun 1907. Tamat Sekolah rendah, pelajaran sekolah menengah ialah di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Azlan Shah dan Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Ahmad, Lenggong. Selain itu pelajar-pelajar dari Kampung Luat juga ada yang berjaya melanjutkan pelajaran ke Asrama Penuh Kerajaan dan ke Sekolah Menengah Agama.

Kegiatan Utama dalam Pendidikan

1. Menjalankan aktiviti pengajaran dan pembeljaran di TABIKA Kg Luat
2. Menyertai pelbagai pertandingan; melukis mewarna, koir dan lain-lain di peringkat daerah
3. Mengadakan Lawatan Sambil Belajar ke Kuala Lumpur
4. Mengadakan bengkel keibubapaan TABIKA Kg Luat









No comments:

Post a Comment